Run Android OS pada Netbook/Laptop/PC
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan kembali dengan tutorial menarik since sebelum ini terlalu banyak cerita yang berkaitan dengan peribadi. Okay. Tutorial kali ini berkaitan dengan android. Walaupun anda pengguna android anda mungkin tidak pernah cuba run OS ini pada PC bukan. Kalau ada pun mungkin tak ramai. Mana yang tak pernah cuba android, inilah masanya untuk anda cuba. Saya akan terangkan secara seringkas dan semudah yang boleh, supaya semua orang boleh buat. Jadi ikut langkah-langkah di bawah :
Langkah – langkah :
1. Ok pertama sekali pastikan anda mempunyai pendrive (saiz paling kecil lebih kurang dalam 250MB). Saya pasti anda tak ada masalah dengan ini. Kalau boleh kosongkan pendrive anda tu sebab kita akan gunakan pendrive untuk boot OS ini secara terus dari pendrive. Ianya adalah optional sebenarnya. Anda boleh juga run dari CD, tapi agak membazir pula sebab saiz OS ini bukannya besar seperti Ubuntu pun. Jadi guna pendrive adalah lebih jimat. Apa? disket? heee.
2. Sekarang anda download 2 benda ini iaitu android pakej di http://www.android-x86.org/download, dan juga unetbootin di http://unetbootin.sourceforge.net/. Rujuk gambarajah di bawah:
*Pilih android -x86-1.6-r2.iso
*Jika anda guna Windows, pilih tingkap berwarna, jika guna Linux, pilih penguin comel
3. Okay bila dah selesai download kedua-duanya, cucuk dulu USB pendrive. Pastikan pendrive tu kosong, nak senang format dulu pendrive tu. Sekarang run UNetbootin. Pilih Diskimage, browse file android .iso yang anda download tadi. Kemudian klik OK
4. Seterusnya UNetbootin akan copy file-file ke dalam pendrive anda. Jangan risau ianya tidak akan mengambil masa yang lama. Sekejap sahaja + bergantung juga pada speed pc anda.
5. Apabila selesai, aplikasi ini akan tanya sama ada mahu reboot atau tidak. Pilih exit sebab anda perlu tutup dahulu semua aplikasi yang anda tengah buka sekarang. Itu lebih baik – optional
6. Sekarang sudah tiba masanya untuk anda run android pada netbook/laptop/pc anda. Semasa proses boot pastikan anda membuat tetapan dahulu pada BIOS. Pastikan anda memilih USB drive sebagai boot pertama. Untuk dapatkan tetapan BIOS, tekan F2 atau F8 atau F10bergantung pada jenis pc anda sebelum OS asal anda run seperti biasa. Ini penting bagi mengelakkan file-file android anda tidak diendahkan oleh pc. Saya rasa anda okay kot dengan tetapan BIOS.
7. Ok sekarang apabila sudah boot dari pendrive, pilih Live CD – Run Android-x86 without installation.
8. Seterusnya akan terpapar text prompt android, biarkan seketika.
9. Seterusnya anda akan terlihat android screen boot (ala macam boot windows screen tu)
10. Selepas seketika, akan terlihat paparan desktop untuk android pada pc anda. Anda bolehlah akses mana-mana aplikasi di dalamnya. Rujuk gambarajah di bawah :
Sekarang bolehlah anda explore aplikasi di dalamnya. Caranya lebih kurang sama macam android phone yang anda guna. Boleh layari Internet dan sebagainya – buat tetapan dahulu. Ok semoga berjaya. Tak salah kan cuba benda yang cool kan. ahaks. Kalau anda nak guna Virtual Box pun boleh. Terpulang kepada cara yang anda suka.
Post a Comment for "Run Android OS pada Netbook/Laptop/PC"